Selamat Jalan Duhai Atok yg aku kasihi π
Assalamualaikum sahabatku.
Saya dengan rendah diri memohon dari sahabat semua agar mendoakan arwah Atok saya Taroki Bin Tasmin supaya dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Terima kasih untuk Doanya sahabat hanya Allah SWT yang dapat membalasnya In sha Allah. Semoga Atok tergolong dalam golongan org2 yang beriman. Al-Fatihah
#doadarijauh #SIBOLATAπ
Insan yang selama ini kuat dihadapan ku. Insan yang tidak pernah lelah melayan karenah ku. Insan yg sering mahu aku berjaya Dunia Akhirat. Ya Allah aku redha dgn pemergian mu. Angah tahu azab sakit yang atok rasa tu terlalu perit untuk atok bertahan. Pergilah dengan tenang Grandpa semuanya bakal baikbaik saja. Semua keluarga menyayangi atok tapi Allah Swt lebih sygkan Atok. Kesakitan atok pun sudah tiada lepas ni. Terima kasih sebab masih bertahan sehingga ke hari ini. Maafkan angah sbb tak dapat berada disana disaat ini. Sesungguhnya hanya Allah lah yg tahu betapa angah kecewa pada diri sbb tak dpt berada disana bersama keluarga yg lain. Angah syg Atok πππ Atok berehat lah disana. Angah dengan keluarga yg lain doakan atok. Semoga diterima Amal Ibadah Atok di Dunia dan Akhirat. Salam syg dari angah untuk insan yg angah sayangi selalu. Tetap tersenyum lah dihati Angah. Al-Fatihah.
Pergi mu tiada ganti π£π
Comments
Post a Comment