Part of life chapter 1 ☝

JULAI 2016 @ 1428 HRS
 

           23 tahun dan sudah banyak kali terjatuh dalam mencari ilmu, sudah banyak kali jauh tinggalkan keluarga for future dan sudah berkali-kali terluka tentang cinta 💫

 
Aku nak cerita. Dari A sampai Z dari selesai study sehingga jadi Wpc sedangkan bukan cita-cita tapi Rezeki, Oleh sebab orang-orang sekarang suka mentafsir tanpa bertanya. Seeloknya lah aku bercerita disini walaupun mungkin aku saja yg syok bercerita tapi pembaca'nya entah dari mana. Sebelum tu Minta maaf andai bahasa tunggang langgang. Awalnya mmg ambil sastera tapi bukan minat aku disitu. Berpuisi mungkin tapi itu dulu 😌 Aku bukan dari golongan anak-anak orang kaya. Aku dari golongan org susah jugak. Tapi keluarga aku Usaha. Ayah usaha banyak untuk buat kami semua bahagia. Cukup kelengkapan mcm org lain. Sebelum aku kerja duit mak ayah sudah banyak terbazir untuk aku. Ini lah masanya aku balas jasa Parents aku. Buat apa nak berlagak kalau duit pun masih mintak Mak Ayah.





So after Spm berbekalkan keputusan yg ok lah not bad org kata sebab aku x minat belajar sangat dulu. Aku focus subject yg aku minat ja. Yaa opkos lah sains dengan English. Maths tu ok lah tp x champion sangat kihkih. Mak ayah prefer aku masuk stpm tp aku lebih suka stdy luar. Tp aku masuk jgk 2 minggu form 6 Then tetiba aku pun ambik keputusan study dekat U under Uitm Melaka, dekat tampin Afamosa resort best jgk tmpt tu sebab boleh keja part time. Hah masa tu la aku first mula kerja part time sambil study 😅 aku suka indipendent. Tapi tak sampai 2 tahun aku stop sampai sem 2 sebab panggilan Spa8 banyak. Rezeki tu ada ja dtg since aku study tu. 3 4 kali aku kena balik sabah. So aku amek keputusan untuk stop study then balik my hometown. Aku suka travel. Dulu x kerja mmg suka menghabiskan duit Mak ayah. Aku pulak anak manja. Nak apa semua tak pernah x dpt. Hp tiap tahun tukar 😂 Apa semua mmg x reti nak buat sendiri. And Yaa betul masak pun tak reti  x tipu.

Sampai lah aku travel sorg study jauh2 tu sebab aku boleh bedikari sikit2. Nk mkn apa smua bljr msak sndri walaupun masih tgk resepi. Tu org tua2 cakap nak hidup susah g hidup sendiri. Betul lah mmg susah mmg payah. Jauh dari Mak Ayah mmg Allah ja tahu dugaan tu mcm mana. Tp aku ni degil suka cuba sesuatu yg baru. Snggup g belajar jauh2 walaupun minat tak ada. Cuba datangkan minat tu kihkihkih at last aku tak dpt go on study then back to hometown sbb penat nak beli ticket return. Bukan pakai duit sendri. Pakai duit Mak Ayah. Rasa membazir tu bnyk dah tp org ckp x usaha x dpt lah apa yg di inginkan. Masa tu pulak baru umur 18  mcm tu lah lepasan spm kan.

Balik kampung pegi semua Interview. Sbb Spa8 ni lain. Sekali kita tak pi nama kita naik blacklist. mahu tak mahu minat tak minat kena gi jgk. Tak silap 5 bulan selepas berhenti stdy and selesai interview aku x da terima apa2 lagi result Spa8. Ak syak aku tak dpt then aku pun stay rumah ja lah. Tapi kaki x reti lah nak dok diam. Masa ni tgh becinta ngn sorg kawan dri zaman sekolah 2008-2013 becinta 6 tahun. Typical setia dgn aku mmg dari dulu ada. Cuma tak bekekalan hahaha. Aku pun pelik bin Ajaib. Jodoh tak pnjg ngn org2 tu. Keh keh sambung balik dah gitu. Aku stay rumah then tetiba k tetiba dapat panggilan Politeknik Kota Kinabalu. Diploma Civil Engineering. Aku suka tu x lah suka sangat tapi aku teruja lah masa tu sbb kwn2 aku ramai study situ. Study punya study. Masa tu aku balik cuti dekat tawau. D rumah lah. Ayah suruh isi Spa8, yaa isi lagi sekali. Isi Polis. Aku x minat ayah sruh gak isi sbb tgh pengambilan. Dalam hidup aku banyak2 benda biar susah yg penting Mak Ayah pesan apa2 jgn tinggal. Aku g sana sini x pena lupa Mak Ayah aku. Aku pantang Bab Family. Aku tak suka kecewakan Mak Ayah. Degil2 aku mmg dengar ckp Mak Ayah. Aku bukan orang senang. Mak tak keja. Ayah ja keja. But Alhamdulillah apa aku mau x pernah x dpt semua sebab ayah usaha untuk aku. Then masa tu. Walaupun aku x minat aku isi gak 😅 Nak balas jasa ibu bapa. Nak buat dorg bangga tu senang ja ikut kata 😉

Isi pnya isi. Walaupun aku isi main2 benda tu kihkihkih. Alhamdulillah Beberapa bulan selepas tu. Aku dpt panggilan. Masa2 tgh study tu aku smpi ponteng kelas keh nak g interview apa semua nak abis sem dah masa tu. Nak ckp rugi pon yg ni rezeki masuk dulu Haha. Tu pun usaha2 Mak ayah sampai lah aku jadi mcm skg ni. Berkat doa Mak ayah yg tak pernah putus untuk anak2. Masa dpt panggilan polis tu pulak aku tgh clash ngn ex bf aku tu tahun 2013 sebab dia ada pmpuan len. Aku pun redha. Dah penat gak masa tu sebab sering mengalah. setahun tu aku kwn ngn sepet. Tak minat punya tak minat dalam polis. Aku gagahkan diri nak masuk latihan 6 bulan. Sebab tgh kecewa cing 😂😂 Nak lari dari dunia palsu kejap. Aku masuk Latihan 19/1/2014. 6 bulan dalam latihan. Muka dari putih bertambah lah putih lg kahkahkah bertambah gelap lah macik oi hahaha. Badan dari slim bertambah slim tinggal tulang HAHAHA tp maintain ler 😂 tak mcm mamak budak lg badan ni. In sha Allah selamanya bgni 😂 aku ni mkn bnyk mcm tu jugak. Pipi ja jadi Pau. Kahkahkah


Chapter 2   
to be continued.

 farizaOthman 

 

Comments