Virus zika 🚫 Mangsa tempatan Pertama di Sabah 😨




KOTA KINABALU - Seorang lelaki berusia 61 tahun disahkan dijangkiti virus Zika tempatan pertama negara, semalam, lapor Harian Metro.



Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa mula demam sejak 27 Ogos dan hanya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Luyang selepas tiga hari kemudian.

"Mangsa kemudian mengalami demam yang teruk, sakit otot dan diarrhea pada Rabu lalu sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II untuk rawatan lanjut.

"Ujian makmal yang dijalankan ke atas darah dan air kencing mangsa menunjukkannya positif Zika," katanya. 

Menurut Datuk Dr Noor Hisham, mangsa tidak ke luar negara seperti yang berlaku ke atas mangsa virus Zika di Klang sebelum ini. 



SUMBER : GOOGLE


P/S : Hati - Hati semua. Elakkan berada di kawasan semak-semak dan kawasan gelap. Kalau demam g Hospital terus ok. Take Care ☝

Comments