Motivasi diri 😊





Assalamualaikum.





Tak usah menjawab penghinaan org lain terhadap kita dengan penghinaan. Cukup menjawab dengan Evalusasi diri dan berikan bukti yang tak terpungkiri .

Tak perlu tunjuk kerana mereka sendiri akan menilai, apa yang kita punya dan apa yang kita Rasa, sedangkan semua itu dusta belaka.

Tak perlu katakan Bahagia kerana mereka sendiri akan memandang dan meyakin diri sendiri bahawa kita bahagia walhal Kita yg merasai Bahagia itu apa, Bukan mereka.

Kegembiraan yang terpancar menyatakan bahawa kita Bahagia, ya memang bahagia tapi kita sendiri yg merasa bukan mereka. Tapi kenapa mesti  merasakan dengki pada kehidupan orang kalau diri sendiri punya?

Jelasnya, walau kita punya segalanya. Org lain juga punya namun mungkin belum tiba masanya dia merasa. Umpama rezeki. Masing-masing juga punya. Cuma belum masanya.

Apa yg kita ada dicanangkan. Biarkan, Perlahan-lahan dirinya sendiri akan rasa bersalah dengan perbuatannya. 

Cerita lama itu memang sudah berlalu. Tapi pernah terfikir dengan apa yang orang rasakan? Tidak kan ? itu sebab Kau bercakap umpama Tuhan, melupakan kesilapan lalu umpama melepaskan angin. 

Sedangkan perkataan Maaf itu sungguh tinggi nilainya. Dan boleh membuat ramai orang saling bermaafan dan sedar dimana silap sendiri. Tetapi kerana Ego, kerana merasakan diri sentiasa betul,  merasakan yang kita tak pernah buat salah. Kita lupa. "Dengan ucapan Maaf boleh menyejukkan banyak hati" 





Santapan Minda 

Tiada lurus iman seorang 
hamba sehingga lurus hatinya,
dan tiada lurus hatinya sehingga lurus lidahnya.
(HR.ahmad)




Sekian.
    



#Farizaothman

Comments