2016




Sekejap ja masa berlalu kan? Usia perkahwinan yang baru setahun jagung ni terlalu banyak dugaannya, Alhamdulillah Pengakhiran 2016 dah menjadi Isteri yang Sah kepada En Suami. Semua ni berkat doa family dan kawan-kawan. Terima kasih semua.😘Semoga ujian mendatang dapat dilalui dengan baik dengan sabar. In sha Allah

Sebentar lagi 2016 bakal melabuhkan tirainya. Kisah suka duka dan segala perasaan yang ada pada tahun ni sudah pasti menjadi kenangan kita.πŸ’“

Mohon kemaafan kepada semua insan yang pernah kita sakiti dalam keadaan sengaja ataupun tak sengaja. Kita ni Manusia biasa yang tak pernah lari dari dosa.πŸ˜”

Tak kisah lah jika ada yang cakap kita ni itu dan ini. Orang nak meluat or anythings. Kerana sekarang mahunya aku cuma hidup tanpa kata-kata buruk orang yang boleh menjatuhkan. Malas mahu fikirkan hal-hal yang remeh walaupun hakikatnya memang sakit,tapi sabar tu besar nilainya, aku sedang mencuba lupakan semua yang pernah terjadi. Aku memaafkan insan yang rasa dirinya mempunyai salah terhadap aku.πŸ˜‰

Memohon maaf bukan b'erti kita pasti salah dan orang lain adalah benar, itu hanya kerana adanya nilai dan etika didalam diri kita. So tinggalkan Ego untuk buat ramai lagi hati hilang rasa bersalah serta Hilang rasa benci.πŸ’‹

 2016 uhh kalau mahu diceritakan terlalu banyak liku liku. Tahun yang paling mencabar. Semoga tahun seterusnya kita mampu untuk terus bertahan atas semua dugaan yang bakal kita hadapi. Kebahagiaan dan kegembiraan yang kita punya semoga ia kekal disitu. Dan takkan pernah berubah. Walaupun rasa itu cuma kita yang rasa. Doakan orang lain juga dapat merasainya.πŸ™‹

Semoga tahun yang mendatang Rezeki kita lagi melimpah dari sebelum ini. Rezeki pada kehidupan kita dan pada orang lain. Semoga impian kita tercapai.
Usahalah, sesungguhnya usaha itu akan berikan kehidupan lebih baik untuk kita. In sha Allah, Amin.😍

Comments