SELAMAT HARI IBU MY QUEEN OF HEART πŸ’“πŸ‘‘

Assalamualaikum Sahabat Positif 🌸🌸


Walau hari hari pun hari ibu, ada hari yang patut kita hargai pengorbanan ibu kita masing-masing kan? Beruntunglah mereka yang masih punya Ibu yang masih boleh dihargai setiap pengorbanan mereka untuk kita. Selamat Hari Ibu untuk my grandma, My sister dan semua ibu-ibu keluarga Sibolata, Semoga dalam lindungan Allah S.W.T selalu πŸ’—


Selamat Hari Ibu Ratu Hatiku Yuliana Binti Muhayang, Kasih sayang mak pada angah, amri dan adik beradik yang lain sungguh tiada nilainya. Kebaikan mak pada orang lain tak da tandingannya. Mak tak pernah berbelah bagi. Tak pernah mengadu yang bukan-bukan, betapa mak kuat melayan karenah anak-anak mak. Mak dgn Ayah la orang paling gembira saat angah diijab kabul. Saat anak-anak mak sudah berkerja mak la orang paling bahagia sedangkan yang mak mahu cuma melihat anak-anak mak berjaya πŸ’• Tiada permintaan wang ringgit ataupun hadiah yang mewah-mewah mak minta. Yang mak mahu cuma melihat anak-anak mak bahagia dan terus berjaya. Tanpa Berkat doa mak ayah siapa lah kami mak. Setiap hari angah menghargai setiap pengorbanan mak, Mak lah pendengar setia angah bila angah sedih, angah susah angah senang. Apa lagi yang bermakna bagi seorang anak selain berkat doa mak ayah. Angah, Amri, Along, Uda dan Ayip sayang kan mak, begitu juga Ayah πŸ˜˜πŸ’–






Al-Fatihah buat Ibu Mertua ku Che Mah Binti Nayang yang telah pergi untuk selamanya pada 31.05.2015, Mak walau tak pernah kita bersua, tak pernah bercerita, dan tak pernah ku kucup dan cium tangan mu. Angah tahu Mak mmg baik. Dari cerita anak-anak mak memang sudah menonjolkan setiap kebaikkan yang ada pada diri mak. Andai saja kita pernah berjumpa sudah pasti angah akan semanja Amri pada mak dulu 😊 Semoga mak sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T  selalu. Anak-anak mak terutamanya Amri memang sangat sayangkan mak. Rindu anak-anak mak terhadap Mak takpernah Padam. Angah sendiri lihat betapa rindunya Kak ida pada mak. Betapa sayangnya Amri pada mak. Betapa rindunya Anak mak yang lain pada mak. Semoga Mak tenang disana. AL-FATIHAH 🌺



Selamat hari ibu juga Buat Kak ipar ku. Mami, kak yan, Alang, dan Acik ❤️
Happy mothers day πŸ˜˜πŸ‘‘
We love you 🎈


🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Tak lupa juga buat my Bff Sabrina roy ibu kepada Caca dan aisy Selamat hari Ibu sayang i 😘❤️

Selamat Hari Ibu Buat IBU-IBU di luar sana and Doakan for me jugak ya πŸ‘„


Salam sayang πŸ’˜
@Fariza Othman πŸ‘„

Comments