TRIP BIRTHDAY 💝🎁🍰 AND TRIP CAMERON HIGHLAND 🍓🍓

Assalamualaikum 💕


Kerajinan untuk Update datang lagi. hihih Hari ni nak cerita tentang Cameron highland. Masa cuti baru-baru ni 5 Hari 4 malam untuk sambut Birthday  husband di Kuala lumpur sempat ke Cameron sehari, walaupun sehari cukup bermakna sebab suasana cameron mmg best maigaddddd !! Best sangat, nak pegi lagi, tak move on ialls lepas balik dari sana, teringat strawberry gebu gebu, mak aiii cicah plak ngan chocolate hmmm 🍓😑Sedap !! Hai baba jom repeat ? HAHAHA😭😭



I dengan Husband cuti 30.04.2017 flight malam, And tak sewa keta or Call kawan-kawan sebab nak try travel berdua naik Pengangkutan awam kihkihkih, pening jugak lah naik pengangkutan awam ni sebab kena jalan kaki kesana sini, tapi best lah buat orang yang dah kawin macam i hahaha sebab tu semua kenangan, mengeratkan lagi hubungan kami yang baru setahun jagung ni 😝 So nak dijadikan cerita, ikutkan tak jadi nak pegi Cameron sebab risau tak ada bas dan tertinggal bas. Tapi Alhamdulillah semua perjalanan dipermudahkan. Malam 30.04.2017 tu sampai terus naik Bas from KLIA ke KL Sentral Harga ticket bas nanti i bagi dekat bawah okay. Then sampai KL Sentral trus naik teksi ke Tunes Hotel, pilih Tunes sebab tempat strategik and kedai makan pun dekat. Faham-faham ler tak dak kereta.Tapi sampai Tunes Hotel tu FULLHOUSE lah pulak hahaha terpaksa lah cari hotel lain, sebab dah jauh malam. Lapar pulak masa tu. Dapat cari dah area sogo  Hotel Canary yang tu pun dah last room. Bernasib baiklah ada bilik lagi kan. Sebab nak bilik untuk tidur jaa sebab esoknya nak berjalan-jalan di jalan Tar then tukar Hotel pulak untuk 01.05.2017 sebab dah booked. Letihnya masa tu nasib baiklah lugage 1 ja. Sampai-sampai terus g makan LOKLOK, Loklok tu sejenis apa? Sejenis makanan like tepi jalan tu yang macan fishball and makanan segera seafood? Sarawakian panggil Loklok kots hahaha  sedap sangat sebab dah lapar. Duduk lepak tepi jalan sambil makan then balik bilik terus lena 😆


Kos👇

Bas KLIA - KL SENTRAL-RM 12.00 SEORANG
Teksi dari KL Sentral  ke Tunes Hotel - Rm21.00
HOTEL CANARY - RM 105.00


01.05.2017 

Pagi ni kami gerak pukul 10 pagi jalan-jalan sebelum pindah hotel, Jalan dekat depan hotel tu saja, dekat Jalan tar. ronda-ronda dan sarapan pagi. Dan jam 12 tengahri pindah ke Tunes Hotel. selesai dari Tunes Hotel baru g jalan-jalan tempat lain. Jalan mana lagi, jalan tempat biasa pegi la tapi yang x biasa tu naik pengangkutan awam hahaha. Bernasib baik lah ada Google. So nak kemana-mana google dulu. ke KLCC, Masjid jamek, Sogo g  jalan sambil shopping sikit, shopping lah sangat kihkihkih lepas jalan-jalan tu balik terus rehat sebab husband dan cakap On ke Cameron highlan so dengan segeranya aku search Ticket bus Dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan lepas tu search nak buat apa bila sampai sana. Hotel pun dah booked dengan harga murah. Kos perjalanan i update dekat bawah ya 👄💕

Kos 👇

Hotel Tunes - Rm100.00
Monorel ke KLCC,SOGO,MASJID JAMEK - Rm15.00 Untuk 2 orang ✌


02.05.2017 (Cameron Highland) 🍓🍓





So trip to Cameron highland begin, walaupun sehari semalam tapi sangat lah bermakna untuk kami berdua. Cuti sekali sekala, tinggal pulak berjauhan.jumpa pun tak selalu hihih so ini lah masanya untuk jalan-jalan dan menghargai masa untuk sama-sama. Bukan senang nak cuti. Hahahaha, 


Awal pagi dah bangun, sebab teksi sampai hotel pukul 6 sebab takut tertinggal bas, haha ticket pun tak beli lagi, but dah check dekat web TBS bila bus bergerak. So we decide untuk gerak awal sebelum tertinggal bas hahaha. Sampai Tbs dalam jam 0645 pagi. Sampai tu ingatkan kami dah yang paling awal haha Rupanya banyak lagi orang paling awal. Kaunter ticket pulak cuma buka 4 kaunter, orang berbaris panjang sangat. tapi mahu tak mahu baris juga sebab tak beli ticket bus lagi. So korang yang plan nak pegi naik bas tu pastikan lah datang sejam or dua jam awal, so taklah kejar masa. nak baris ja dah ambil masa sejam. Akhirnya dapat juga ticket ke Cameron Highland. Gembiranya sebab ingatkan bus tak da hihihi. So sambil tunggu bas pukul 0830 pagi tu kami isi perut dulu and don't worry TBS kedai makan pun ada okay 😉

Perjalanan ke Cameron Highland ambil masa 4 Jam. Best jugak naik bas, sebelum memenatkan diri nak jalan-jalan disana kita tidur dulu dalam bas kihkihkih. Masa pegi ni macam kami dua ja Muslim haha yang lain semua mat saleh. 😅Pergi masa tak cuti so tak lah ramai sangat orang. Kalau datang Masa hari pekerja memang ramai lah kan orang. Sampai ja Terminal Bus Cameron terus naik teksi ke Hotel. Hotel i booked area Brinchang, Terminal cameron dekat area Tanah rata. Barang murah banyak dekat brinchang lagi. Sebab sebelum booked hotel dah buat research. Sampai-sampai Hotel tu dah sejuk mak aiiiii. Best sangat buat orang yang dah kawin kehkehkeh 😝😝Sebelum sampai Hotel tadi dah deal dengan pakcik teksi yang hantar ke Hotel. Deal dengan pakcik tu bawa jalan-jalan, Mestilah bayar,  3 jam dia bawa jalan-jalan dari pukul 2 petang sampai 5 petang, Cuaca masa tu mendung macam nak hujan ja. Husband cakap kita nak jalan nanti hujan berhentilah haha then guess what?? betul-betul tak hujan hahaha, Mula pukul 2 petang tu tempat pertama kami pergi dekat Ladang Tea (Cameron Valley)  Untuk Jalan masuk ke cameron valley ni ticket pun bayar juga. Harga pun not bad. So kami jalan-jalan dekat ladang tea dulu. hihih Seronok betul dapat tengok pemandangan ni. Best, sejuk banget 😆 





 



Cantik kan pemandangan. Dah lah sejuk yak amatt. Dapat ronda sekejap dalam 45 minit then kami beli souvenir untuk dibawak balik ke sarawak. Murah-murah semua, macam nak beli semua haha tapi dok ingat Beg bawak satu saja so batalkan niat ye fafa😂 Dah siap beli souvenir tu kami Strawberry farm pulak. Part ni memag i tak move on lagi HAHAHA Strawberry gebu gebu wehh😓Nak lagiiii maigaddd😂 Masa nimemang ambil masa lebih untuk jalan-jalan. Ada cafe untuk makan. Selesai jalan-jalan dekat ladang tu kami pun duduk cafe untuk minum petang. Macam biasalah menu utama sudah tentu lah Strawberry cicah cekelat yummehh 😋 Strawberry shake pun sedap jugak. So sebelum nak oder tu tengok menu dulu keh. Sebab semua pun sedap. Harga berpatutan. Oh ya Masuk ladang strawberry ni free tau. Ladang besar and cantik. seronok weh. Jangan lupa kalau nak pegi pastikan bawak Sweater keh 😉











Seleseai minum petang, kami pun terus balik, Baru pegi Dua tempat dah letih. Actually banyak tempat lagi boleh pegi, Banyak lagi tempat menarik, tapi kami nak pegi dua tempat ni ja sebab masa kan tak mencukupi. kalau pegi 3 hari 2 malam confirm cukup nak pegi semua tempat. Sebelum dihantar balik ke Hotel. Kami singgah Time Tunnel, tempat barang-barang antik, barang-barang lama yang tak pernah jumpa pun ada dalam ni. Pakcik teksi ni baik memang recommended dah lah peramah, baik pulak tu. 20 minit sebelum masa 3 jam tu habis, pacik tu bawak lah pegi Time tunnel. Masuk berbayar, boleh lah bergambar puas-puas dekat dalam sebelum balik Hotel. Semua gambar i alls pakai Tripod, senang bawak untuk travel. beli dekat Instagram. Tripod cantik pun recommended kalau nak tengok boleh komen di bawah, nanti ialls bagi tengok 😉





Dah penat jom balik Hotel. Hotel Aircond semula jadi yee. Aircond memang takda tapi memang sejuk gilaa wa cakap lu hahahaha, Husband nak sepuluh kali cakap sejuk hahaha. Nasib baiklah bawak Sweater kalau dak boleh membeku 😅 Sebelum balik hotel kami g balun Durian dulu. Dua-dua hantu durian 😆 Dapat ja makan Durian then terus balik hotel 😂 Sambung makan untuk malam pulak 💗



Letih tak habis lagi pukul 7 malam dah keluar nak dinner, Tercari-cari steamboat tapi semua kedai  cina. HAHA sedih dan hujung-hujung ialls makan Shellout tomyam dekat Restoran Fauzi steamboat. Boleh google ya. Sedap sangat okay gais, memang recommended harga berpatutan, u alls should try ! Masa makan ni then g jalan-jalan suhu dia 17 darjah celcius keh hahah sejuk bakhangg! Lepas makan balik kejap then terus pegi mendobi. Area hotel i duduk semua ada, Jalan kaki ja nak kemana-mana. Okay jom kira kos! hihi






Kos 👇

TEKSI dari TUNES HOTEL KE TBS - RM40.00
TBS ke CAMERON HIGHLAND -  RM70.00
TANAH RATA KE HOTEL RAINBOW - RM15.00
HOTEL RAINBOW - RM105.00
TEKSI 3 JAM - RM75.00
TICKET LAWATAN - RM10.00
SOUVENIR DI CAMERON VALLEY -  RM50.00 
CAFE STRAWBERRY FARM - RM17.00
DURIAN - RM30.00
SHELLOUT - RM70.00 FOR 2 PERSON



03.05.2017

Day 2, Ticket bas memang dah beli so awal bangun untuk beli Strawberry 🍓 Nak bawak balik Miri, Bus balik KL Jam 1130 pagi so sempat lah Beli souvenir lagi haha. Sambil beli untuk makan lagi dan sambil tunggu Pakcik teksi sampai. Beli strawberry sampi 6 ke 7 pack 😂 Ada orang tu Birthday Masa ni !! hahaha senyum dari pagi sampai ke malam 👄













Tudiaaa, HAHA beli sampai tak ingat lugage dah full, so terbeli lah beg kecil lagi untuk souvenirbut its okay sebab nak bawak balik Miri. Melantaklah sampai bosan, tapii tetap tak cukup hahaha geram i 😂 sampai tak move on ingat strawberry gebu-gebu 🍓 So Pakcik teksi sampai terus pegi terminal bus dekat Tanah rata Jom balik KL, Thankyou for the great Memory sayang! Bye Cameron highland, In sha Allah sampai lagi bawak family 🌼
Sampai KL pulak dah booked Lexus Service Suites Berjaya Times Square, sampai ja terus rehat kejap then siap-siap untuk Dinner Birthday boy, buat suprise untuk husband yang plan dah sebulan lalu hahaha, Btw Happy Birthday My Baby! Ilove you always 💕 #takpernahtaksayang 😘 
Gambar Hotel tak banyak, but dont worry i ambik gambar ehsan dari pakcik google hahaha. But hotel memang sangat Recommended, Harga pun okay. Selesa dan yang paling best tingkat 41 hahaha Menghadap KLCC. Cantik sangat 😍






Bawah ni Gambar ehsan dari pacik google untuk Hotel 😙











Kos 👇

SOUVENIR STRAWBERRY  - RM70.00
TEKSI BRINCHANG - TANAH RATA - RM15.00
TICKET BAS CAMERON HIGHLAND - TBS - RM70.00
LEXUS SERVICE SUITE - RM196.00 WITH DEPOSIT RM300.00
TEKSI KE KLIA - RM100.00 UNTUK 2 ORANG


Lepas dinner dengan husband kami pegi Petaling street jalan-jalan kejap sebelum balik pada keesokan harinya. Habiskan short vacation dengan moment-moment indah. Ke ikea shopping barang rumah sikit, and dapatkan kemahuan yang dah ada dalam list, sempat lah melantak meatball! dah lama craving. Thankyou husband layan your wife kihkih, Uwarghh dah nak balik HAHA. Cantik kan Lexus service suite ni. Boleh main bola dalam suite ni haha. main kejar-kejar macam cerita hindustan pun boleh. Cing! hahahaha Memang recommended! sebab senang nak berjalan di berjaya times square haha, semua senang. So berakhirlah sudah Short vacation suami isteri ni. Dapat jugak celebrate Birthday dengan my husband sama-sama. Last year tak kawin lagi, masa tu pulak kerja. Minta tolong orang ja suprise kan husband. Then tahun ni dapat sambut bersama, yeahh i did it 💝 So next time i sambung cerita lagi keh. Mudah-mudahan lepas ni travel bertiga pulak, Doakan i ya. Thankyou for reading 😘


               

P/S : Kalau ada typo tu harap dimaafkan lah ya, Ahaha and one more. I memang pakai bahasa rojak, English pun masih berterabur atleast i try kan. Sorry kalau ada yang tak faham boleh tanya. My husband tak abis-abis suruh post entry ni, tak sabar nak baca katanya hahaha, jangan lupa tinggalkan komen. TQ 😍

Salam sayang 👄

@Fariza Othman 💓

Comments

  1. Trima ksih syg sbb syg sntiasa ada dmsa ssah dan sng kita...love u so much mywife...��������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Love you too ❤️ we both deserved to be happy after all the pain we through 😘

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Sweet sangat , boleh berjalan berdua, moga u all makin cinta tau..
    😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sis ❤️❤️❤️ Lepas ni dah berjalan bertiga InshaAllah 😍

      Delete
  4. cameron ni best...dalam tahun ni dah 2,3 kali ke sana..tempat makan strawberry paling best kitaorang selalu lepak dekat HarumManis kalau datang cameron try lah pergi situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sis. Seronok ke sana. Lepas ni nak pegi lagi. Sebab pegi haritu tak puas sebab pegi sehari semalam je 😁😁

      Delete

Post a Comment