My Maternity Experience!

Assalamualaikum.




Hari ni tetiba ja nak cerita tentang pengalaman bersalin, sebab kalau nak share dekat facebook benda ni sangat lah sensetif bagi orang-orang yang dah berkahwin tapi belum dapat anak. Sebab kenapa aku cakap sensetif? Aku pun menunggu setahun baru merasa nikmatnya. Walaupun setahun tu bagi korang sekejap tapi bagi aku setahun tu sangat la lama sambil-sambil soalan bertubi-tubi datang ke aku dan en.husb, bukan aku je. Sudah tentu-tentu orang lain diluar sana pun rasa benda yang sama macam aku. Aku baru setahun menunggu kehadiran Adeelia. Ini kan orang lain yang dah tunggu 10 tahun, 5 tahun and 2-3 tahun? So mmg agak sensetif lah kan ?

So first off all, pengalaman first time memang sangat mencabar bagi aku. Awal dpt tahu mengandung pun dah pukul 2-3 pagi sebab masa tu nak balik raya dkt tawau so we decide untuk buat check up sendiri before going to Bintulu. Flight dari sana sebab semua flight full. Nak tak nak kena g Bintulu awal sebab flight pukul 7 pagi ke kota kinabalu. So aku dah buat check up and tak berani nak tengok sebab taknak kecewa, kiranya sebelum ni pernah lah sekali dua aku buat tapi semua kecewa, and then kali ini minta En.husb tlg tengokkan apa result yang keluar. So tetiba lepas husb tengok dia nangis, aku pun sebak lah. Lepas tengok tu baru tahu kenapa dia nangis. Yaa my clingy man, benda macam ni memang rasa sebaknya, right ? 


                                     





Tiba-tiba tangan ini pun ambil and tengok YAA dua line!! Aku just ckp Alhamdulillah and tak mahu terlalu excited kalau tak jumpa doctor. So sampai saja Tawau aku ngn husb pegi buat check up dekat klinik, klinik di mana ada cousin aku kerja, so tak kekok lah bila dia ada AHAHA. Selepas buat checkup memang sah doctor khabarkan yang aku memang tengah mengandung 7 weeks. Tak da kata lain selain yg aku sebut dalam diri selain ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH. Selepas tahu yang aku mengandung aku terus set mindset  tak kisah lah nyawa diperut ku itu perempuan atau lelaki yang pasti aku tidak pernah merasa susah dengan kehadirannya. Aku mmg tertunggu-tungg akan kehadirannya. So i tak pilih if dlm kepala nak boy mmg nak boy, TAK mmg TAK. Aku memang terima je sebab aku memag suka baby either Boy or Girl.





Since aku dapat tahu aku mengandung, aku memang berselera pada awalnya, namun tak sangka semua tu sekejap je, HAHAHA Ubat doctor bagi pon tak masuk, kalau masuk lepas makan tu je aku akan muntah air je. Ingat sedap ke muntah air? wekkkkk My biggest problem sebab mmemang tak suka muntah and jarang muntah. So morning sickness mmg ada lah sehingga ke 3-4 bulan mengandung baru lah hilang. Dan selanjutnya memang kaki makan, kaki masak, kaki makeup walaupun tak pandai HAHHAHAH. Sepanjang mengandung memang jauhkan diri sikit dengan social media. Aktif dekat insta je. Facebook jarang sekali. Nak tahu apa sebabnya ? Dan aku minta maaf pada semua insan-insan yang pernah aku 

lukakan hatinya dan aku pun maafkan semua orang yang sakitkan hati ku, mahu tahu apa sebabnya ?


Sebab pertama aku tak mahu mulut ada terlanjur kata menyakitkan mana-mana pihak yg sememangnya memang tak suka aku tapi this one tak semua org tak suka kita mungkin dalam semua orang 5 dalam 1/5 tu je yang tak suka aku kot WALLAHUALAM lah yang tu. aku tak pos apa-apa berkaitan sepanjang aku ngandung itu ini sebab aku tak mahu orang yang yg belum dapat zuriat terluka, tak mahu terlalu riak. Sebab nyawa ni kalau ALLAH S.W.T nak uji sekejap je Allah akan tarik balik. So masa tu memang tak dekatkan diri. Share pun share benda2 berkaitan je. Yang mengarut2 segala pantang taik ayam la apa lah. Memang tak ikut. Tapi sekadar membaca iya. Sebagai pengetahuan je. Jangan nak ikutkan sangat. 



Sebab kedua pulak weh aku dah nak jadi mama, takkan masih nak jahat dekat orang? Masih nak ego, masih tak nak kalah ? Agama kita ni kan mudah je. So kita perbetulkan lah mana yang tak baik tu, benda pun benda bagus, bukan tak bagus. So aku ambik keputusan untuk maafkan ja semua orang, and if ada yang datang minta maaf aku On je. Dengan harapan orang yang dah minta maaf dengan kita tu ikhlas lah dengan apa dia kata kan sebab aku pun ikhlas je dalam semua hal. Sebab aku nak urusan brsalin aku dipermudahkan and tak mahu gaduh-gaduh sebab ia memberi kesan dengan apa yang kita lakukan sekarang. If kita buat orang sekarang, akan datang nanti anak-anak kita ? Keturunan kita ? Akan jadi berdendam jugak ke? Aku tak nak macam tu. so aku memang memilih untuk lupakan semua benda walaupun susah. Tapi InshaAllah kalau kita ikhlas bole je kita buat semua ni. Ada member yang aku tak tegur 5-6 tahun pun aku dah berbaik atas sebab, tak mahu ada dendam, sakit hati, busuk hati dekat orang. So kita pun mengaharapkan benda yang sama lah kan dekat semua orang. Berbaiklah selagi ada masa. Sekiranya tak da masa siapa lagi lah yang nak berbaik dengan kita ? Aku boleh je lupakan orang hina aku sana sini-cerita benda yang salah dekat semua orang macam dia betul dan selebihnya aku yang jadi buruk, kan ? Tapi aku boleh maafkan sebab aku tak mahu hati aku ni hitam sebab benda-benda macam ni. Nak jadi mama orang. Nak mendidik anak means kita kena perbetulkan diri kita dulu. Buat benda baik weh. Semua orang suka, Allah pun suka. Kau tak suka ke? Berbaiklah dengan siapa pun yang kau telah robek hatinya. Sebab yang pasti orang itu pun tengah tunggu pekataan ikhlas dan saling memaafkan. Aku cakap macam ni sebab, aku tahu bukan aku sorang je nak semua benda jadi positif. Orang lain pun mengahrapkan benda yang sama. So fikir-fikirkan dan istiqomah. Jangan kita jadi penunggang agama. Depan orang and dekat facebook pung pang pung pang sebuat nama Allah and jelaskan tentang agama. Namun hati kita ni massih ada lagi sedikit rasa hitam sebab dengki kan orang and tak maaf kan kawan-kawan lain yang tengah tunggu kemaafaan dari kita. Jangan terlambat untuk saling bermaafan okay. Itu lah antara sebab -sebab aku memaafkan semua orang. Biar istiqomah seiring dengan hati. Alhamdulillah.


 So pengalaman baru ni selalu ajar kita untuk berubah lebih baik kan. Masa mengandung aku memang tak da sama sekali nak ikut pantang yang pelik-pelik ni. Masa mengandung memang aku makan je apa aku nak makan. Ubat doctor kadang boleh makan kadang tak boleh. So i just follow the flow. Checkup pregnant dekat miri ni memang agak lambat so before pegi klinik aku memang dah brekpes siap and Yg aku sebak. Husb aku tak pernah biarkan aku ke klinik seorang diri. Dari awal aku buat checkup baby sehingga lah selamat melahirkan. Dia memang tak pernah biarkan aku pegi sendiri malah dia lah yang ingat apa-apa yg doktor akan sampaikan ke aku. I just really proud to have you. Tak perlu jadi kaya untuk bahagia. Cukup dengan macam ni pun Alhamdulillah sudah cukup bersyukur. Biar jauh dekat Belaga tu pun dia sanggup datang kalau ada checkup. Thank you hubs for you effort to make me in safe condition and make me always smile ! Love you !!


After 7 months baby baru aku pegi klinik untuk buat 4D scan, tu pun sebab rasa nak beli baju-baju. Masa 6months tu ada la jugak beli baju 2 3 helai tapi semua warna putih weh HAHAH tapi naluri mak mak ni menyatakan memang dah tahu gender, so decide pegi klinik and yes masa tu ngam ngam Adeelia ku tengah bg tunjuk diri dia HAHAHAHA. Selama ni scan dia tak pernah tunjuk pun dan aku memang tak pernah tertanya-tanya pun weh aku terima je, baby girl or boy aku dgn hubs ok je. Dapat tahu je aku ngn hubs terus pegi shopping HAHAHAH yassss semua pun Pink lah baju dia. I LOVE PINK kiikiki. Selanjutnya, memang shopping baju dia barang dia je lah aku. ye lah first baby weh sapa tak excited. cuma sentiasa beringat je and tak fikir benda pelik-pelik. 

8 months aku tetiba je kan admit dekat hospital, aku tetiba demam panas kul 2 pagi. Husb risau the terus bawak aku g Hospital dan yasssss 3 hari 2 malam duduk ward 2nd class. Not bad la sebab kena layan baik yang tak best My husb tak boleh teman tido situ, but yaa always positif guys, Ingat benda-benda baik je. Bukan masa tu je aku admit weh Ahhaahahha masa due date pun aku dah admit. i dont know why sedangkan ibu-ibu lain semua ada la juga yang doctor bagi masa seminggu lagi tunggu baby keluar kan. But not me, itu lah sebabnya aku cakap Ujian kita berlainan jangan terlalu mendongak terlalu tinggi dan jangan bercakap tak sedar yang kuasa Allah bila-bila je boleh buat kita sakit atau tidak. kau faham tak ? 

Bila due date dah sampai 9/2/2018 Adeelia tak nak keluar lagi then Doctor nak masukkan ubat 10/2/2018, before tu doctor scan baby is almost 4kg with uri. So sebab tu aku kena admit, takut benda yang tak elok jadi, and masa-masa mcm ni aku selalu redho and fikir benda baik je. Cakap yg baik-baik sebab nak semuanya baik and dipermudahkan. Lilahitaala dalam kepala ni nak jumpa baby comel dalam perut tu je masa tu. Tak kira lah betapa besar ujian kita. , Just ingat Ujian orang lain-lain dan tak semua orang sama. Just be positif sis.

Alhamdulillah Nor Raiysha Adeelia selamat dilahirkan dgn berat 3.75kg, Emergency ceazer dalam pukul 0616hrs selesai 12.02.18. Alhamdulillah Alhamdulillah. Allah permudahkan segalannya. Ujian berlainan kan dan ya ini lah pengalaman ku kali ini. Dan semoga next baby Allah permudahkan lagi segalanya. Just jangan mendongok langit terlalu tinggi, jangan samakan ujian kita dengan orang lain. Allah tak pernah tidur, doa saja yang baik-baik untuk semua. 

Adeelia dah 10 bulan and yes tak lama lagi setahun. Going to celebrate untuk her first bithday. Doakan semoga semua dipermudahkan kay. Soon iam going to update about her Aqiqah day and my brother wedding day. Thankyou sebab baca! Semoga semua wanita-wanita diluar sana rasa pengalaman melahirakan anak dan semoga urusan korang dipermudahkan!! 


P/s : Lama entry ni stay dekat draft and baru hari ini i update sebab someone tu nak sangat i update blogspot HAHA. Thank sebab sudi baca. Lepas ni i rajinkan diri Update lah kay.



with love,

Fariza Othman.
















Comments

  1. Love nya baca pengalaman bersalin. Semoga aku n yang lain2 dapat rasa pengalaman mengandung n bersalin nanti 😍😍😍

    ReplyDelete

Post a Comment