Another throwback 🎁

Assalamualaikum semua. hari ni saja nak throwback short  birthday trip last year. Laki aku bawak gi ronda Kuala Lumpur. Ronda dekat-dekat je tak mampu lagi nak gi jauh-jauh. hehe InshaAllah one day kalau pergi mesti share dekat sini. Semua benda nak share kan. kihkih. So cuti kali tak lama, husband bawak pegi Genting Highland adn Bukit Tinggi. Seronok lah jalan kalini sebab ada dekmok. Alhamdulillah untuk semua Kebahagiaan yang Allah berikan ke kita.

   

            

Perjalanan yang baik sebab Adeelia bagi mama and baba dia senang, masuk je flight terus tidur sampai la arrived dekat KL. Adeelia mmg senang jaga. jalan mana-mana pun senang sebab tidur, so kita dah boleh mintak baba bawak pegi jalan jauh sikit la kan ? HAHAHAHA

Sampai-sampai kl memang jalan betul-betul masa birthday 20.11.2018. on that day tak terfikir la nak buat apa-apa selain jalan kan. Apartment dah awal booked before sampai lagi. kami stay dekat Berjaya Times Square, memang biasa duduk situ kalau sampai kl sebab senang, nak jalan2 shopping mall dekat bawah je. Tak rasa husband akan buat surprise kali ni sebab dah dapat jalan-jalan cuti ni pun aku dah kira bersyukur.

Tiba-tiba..........................
Sampai bilik and see this. Ya Allah ada jugak masa dia plan all of this. Ni dah tahun ke tiga kot sambut birthday bersama and tak pernah mengecewakan selalu buat aku nangis. #Iheartyou 

Thankyou baba untuk surprise kali ni, jadi suami yang tak pernah berhenti buat sayang jatuh cinta! Love you baby love!

Cantik sangat design kali ni sebab my favorite colour sangat semua tu. Black, gold,rosegold and also silver! Dah 25 tahun Fariza dah ada anak. semoga semakin berfikiran matang dan tak kan sakitkan hati orang lagi okay. Kalau masiha da yang sakit hati dengan aku tu, aku takleh nak cakap apa-apa lah k, sebab tak semua orang suka kita, but kalau rasa ada benda tak puas hati boleh Dm i dekat Instagram or facebook. aku okay je InshaAllah kita boleh bincang elok. hihihi


#Fafaturns25


#Fafaturns25


#Fafaturns25


#FafaBirthdaygift


Stay one night dekat sini then go to Genting Highland and Bukit tinggi, tido sehari jugak dekat sana tapi aku lupa lah nak ambik gamba hotel HAHAHA. cedih sis. 

Berjaya times square



So i sajikan Gambar dekat Genting and dekat Bukit tinggi ni, boleh lah bawak family jalan sini, suasana sejuk je. 

GENTING HIGHLAND 


alahai bagi chan la suami sis nak kiss. hahaha. takpayah tego i gemok nanti keteguran HAHAHA
Dekmok memang tido je, letih lah kan budak-budak berjalan. Tak banyak gamba masa ni haha sebab sibuk jalan dekat GPO kihkih

BUKIT TINGGI



Berpaut dilengan suami, takpa lah berpaut pun, suami sendiri bukan suami orang kan. Kalau agak-agak tak suka tengok, jangan tengok. Mudah kan. Jangan sampai nak pertikai muka suami orang mcm mna pertikai isteri berpaut dilengan suami sendiri pun. Susah kan orang sekaran ? tengok gambar org terus kecam, tak suka buat apa nak tengok ? ada masalah Hati awak ni. 


Silly face with husb.



Jangan risau tak kena juga tu sis. jangan screenshoot ya! HAHAHA ndaba. Tengok ja lah jangan kecam, jangan bawak-bawak mulut keorang k. semoga bahagia saja hendaknya kita didunia ni. Amin ya rab...



SKYAWAY GENTING



Sempat naik gondola Alhamdulillah sebab wishlist naik sana mmg naik gondola and pegi sky avanue. hihih Alhamdulillah ada rezeki sis datang lagi okay !

KUALA LUMPUR

Before going back to work jalan-jalan dekat kl stay dekat Regalia suite residence 2 night ! Memang booked awal jugak ya for this apartment. tak silap i dapat harga murah jugak tak la mahal sangat. yang penting berbaloi and dapat view menara KLCC sebab memang tu my wish dekat husband, So Alhamdulillah untuk semua wish yang tercapai #Fafabirthdaytrip




View from Regalia Suite.


Ni dah lama teringan makan makanan masak with passion. boleh tengok instagram dorang, Memang semua menyelerakan. Nasi kerabu, ayam masak thai, kek batik, kuih akok and sagu gula melaka, dtg kl pun semata-mata untuk ni. HAHAHA jangan pelik k. kalau untuk makan memang laki bini ni sanggup. masa ada duit lah, tak da duit diam je sis dekat rumah.HAHA


Em x sabar ker anak mama tu. Breakfast dekat Regalia. Last day before back to Miri.



Jom balik Miri!

             

So selesai lah percutian untuk birthday kali ni. Next entry should be Entry about my little princess Birhday party. banyak nak share sebab ramai yang tanya bajet. Nanti I share okay ! Thank you for reading ualls. Jarang update sebab dah jadi emak emak ni aktiviti sis padat, bukan anak je nak jaga, laki pun kena jaga. haha. so see you!

with love
Fariza Othman




Comments