SIAPA CAKAP MUSUH TAK BOLEH JADI BFF AKA KAWAN ?
Before baca tu jangan lupa singgah Instagram we alls ya 💜
Assalamualaikum, lamanya i tak update blog, gian nak menulis ni x datang selalu kan, bila dah datang tu siap-siap lah macam-macam rasanya i nak tulis HAHA. Btw mcm tajuk entry i kalini i nak bagi tahu tentang circle i. Tak banyak tapi sangat bermakna. Rasanya semua membe i tahu i ni kalau nak bekawan x suka nak rahsia pape. Dah nama pun BFF kan. Selama i kenal Membe Fahnierah and Fafamikeze ni i rasa tenang je, tak stress kalau I perlukan diorang Pagi, Petang ke or Malam ? diorang ada je. Tapi tak bermakna lah kami kawan ni sebab memasing nak mempergunakan memasing. Kami berkawan Ikhlas je, tak saling dengki, saling mengalah and paling penting saling menegur. Circle mcm ni yang i perlukan dalam hidup i ni. Bukan kawan yang talam, yang jenis tak menghargai and yang RASA DIRI PERFECT. Ingat lah teman-teman dalam berkawan ni kita mesti Ikhlas Ikhlas dan Ikhlas kan. Jangan la kita ungkit benda yang berlalu yang menampakkan kita tak mengikhlaskan apa yang kita pernah buat untuk sahabat terbaik kita.
I have been there, bila someone kita kenal tiba-tiba tak menghargai kita dan terus pergi dari life kita. Awal tu mmg kita rasa sakit TAPI mesti ada sebab kenapa Allah jauhkan kita dari someone yang kita sayang. Tak semua kawan kita akan ada disisi kita selamanya, JIKA mereka memilih untuk pergi kita pun tak boleh memaksa keadaan itu kan? Layak kah kita bolak balik kan hati seseorang. Since I know I Pregnant 2018 I dah pegang prinsip tak nak bergaduh dgn orang, Sbb kita ni bukan baik sangat pun. Allah SWT jaga Aib kita ni haa kalau tak entah-entah aib kita lagi teruk dari orang lain kan? Dah kawin pun I dah malas nak ambil tahu hal orang. Yang penting Life I dgn orang tersayang sentiasa baik-baik je and semakin bahagia. Alhamdulillah Allah SWT hilangkan seorang kawan dari I tapi gantikan dengan 4 kawan baru yang selalu ada. I hargai dorang sangat.
4 Kawan baru ? Yaa kawan baru yang pernah jadi Musuh sebab mulut jahat orang, since i kenal diorang ni dari tahun 2015 lagi walaupun pernah jadi musuh 2 tahun, diorang tak hipokrit, memasing minta maaf sebab pernah terkutuk dibelakang siap bukti ye. Jadi nak cakap diorang ni putar belit memang tak lah kan. Bila dah kawan ni tak pernah pulak nak terfikir tentang pergaduhan lama, Kadang tu adalah throwback sikit tapi mesti tergelak sebab kenapa masa tu boleh emosi sangat ek padahal boleh berbaik ? HAHAHA sebabnya mestilah ada yang membatu api kan ? tapi tak mahu mengaku 😏 (Memang gitu lah pun perangai kau dari dulu gunakan orang ) Since aku ni dah bermaafan dengan orang yang tertentu ni so aku pun tak lah amek port nak marah nak meroyan lagi part lama-lama tu sebab once i do that rasa aku mcm tak matang pulak. Tapi once ko sebut nama aku, siap-siap ye sebab sekarang aku tak main cakap dah. Aku Direct je dekat family diorang ni.
Kalau ada orang yang nak ajak kita ni berbaik bukan tu benda baik baik je ke? kenapa kita ni mesti Ego keras hati macam batu ? Rasa hidup ni lama lagi ke ? Tak ingat Allah ? tak belajar Agama ke ? Orang tu punya lah baik datang msg nak baik je bukan nak jadi kawan rapat kau lagi dah kenapa nak meroyan 😆 Msg pun tahun baru sekarang nak meletup ke? Sedar-sedar lah kita hidup di dunia ni bukan lama mana lagi, tu sebab bila Allah uji kita sakit mesti ada sebab. Contohnya sebab kita ni dimasa lalu memang jahat, or kita ni suka mempergunakan orang. Ini contoh jangan ada yang meroyan pulak yee. Terima kasih untuk orang yang buat aku dengan 4 kawan baru aku ni bergaduh dulu, kalau bukan sebab dia mungkin aku tak kan kenal Zaytee, Mira, Key and lastly budak kecik aten ni. hihi Bersyukur sangat jumpa orang yang baik-baik. Yang boleh tegur aku bila salah yang boleh terima apa aku cakap or Tegur. Bukan mcm sesetengah orang yang kita tegur terus melenting sebab tak boleh terima, yang mcm tu patut ke kita jadikan kawan ? Memang tak lah sebab tunjukkan perangai Toxic. Susah nak kekal lama jadi kawan.
Since aku jadi kawan diorang ni tak pernah lagi aku nak cerita pasal orang lain dalam masa 24/7 tu, sebab kitaorg pun ada life memasing, sibuk urus suami, anak-anak. Tak da masa lah nak cerita pasal orang lain. Tak pernah pulak nak jadi batu api memasing. Dorang ni lah yang buat aku istiqomah k. Bila nak marah mesti sabar dulu. Thats why malas nak melenting kalau ada pape. Apa yang aku nak sampaikan kat sini, walaupun pernah Musuh, bergaduh bertampar tak semstinya ya tak boleh jadi kawan, kau tu Allah ke ? kau ke yang bolak balikkan hati orang ? Suka hati lah kita nak berkawan dengan siapa. awat ? Jeles ? Itu lah masa kawan-kawan tu ada tak pernah nak hargai. Dah kawan tak dah hidup dah sendu baru nak meroyan ? cerita dah lama kot. Dah block semua KAN ? SEMUA ? Why masih boleh tengok facebook kitaorang ? Hah Siapa Batu api yang tolong SS? Aku tgh cuba positif sebab ikut kan orang yang tertentu ni dah minta maaf gak kat aku tak kan dia pulak yang SS kan pape kat facebook aku ni ? Nak sebut masa lalu orang sila sebut masa lalu memasing dulu ya. Jaga aib diri sendiri dulu, Perangai apa dok sibuk aib orang ? Jangan ingat kau sorang je boleh meletop ye.
Dah tahun 2021 dah. Pejam celik da lama dah berkawan dengan Fahnierah and Fafamikeze rasanya selama hidup ni, ini lah circle terbaik yang i ada yaa. paling faham, selalu ada. Aku ni niat pertama kalau nak berbaik dengan orang memang sebab nak berbaik ye tak sampai nak jadi BFF bagai. Tapi mcm aku cakap lah Allah nak satukan jadi kawan baik. Mesti semua bersebab, Sama jugak bila Allah pisah kan kita dengan kawan lain. Lepas Covid-19 ni hilang, aku harap dapat jumpa diorang ni lagi! sebab ku tak dapat Jumpa aten. Anak-anak diorang pun x sempat nak jumpa tapiii Birthday Mak and Anak-anak tiap tahun akan dapat hadiah birthday memasing okay ! Aku LIKE this Circle Very much ! Aku harap selama-lamanya kekal macam ni. Semoga Allah tak bolak balikkan hati kami lagi. Sebab mmg nak jadi yang baik-baik je.
Untuk orang yang cakap aku ni dulu Janda tu, boleh Pm aku kalau rasa diri tu pernah cakap. Aku tunggu je Dan nak tanya kenapa kau boleh sebut aku Janda ye. Sedap mulut je sejak bila aku ni janda? lol. Benda lain aku boleh lupakan, tapi Fitnah yang ni siap-siap la kau Fitnah aku mcm ni yee then bagitau semua orang macam tu, perangai memang takda rasa bersalah ka ? Ingat Allah sama. Tahu ke Fitnah tu lebih kejam dari apa?? So bawa-bawa bertaubat jangan gunakan orang lagi. benda boleh elok jangan dipanjang-panjangkan. Kita semua pendosa ya, masing-masing ada sala silap. So terpulang lah diri memasing bila nak bertaubat 😇 Kalau rasa nak meroyan bagi orang baca Unblock dulu jangan jadi kayu dok meroyan sorang-sorang. Berani sangat kan sembang lah elok-elok em. Jangan tak tentu hala, macam orang tak sekolah. Masing-masing dah belajar adab. Kalau nak ungkit benda 5-6 tahun tu better ko sembang dengan Dinding je lah aku pun memang malas nak layan. Bosan ye So annoying this person. yihhhhhhhh
P/s : After this i buat Entry dgn diorang lagi okay!
Sekian,
Fariza Othman
Siapa yang cakap Musuh tak boleh jadi BFF tu? Sedangkan nak hancurkan permusuhan pun dengan berkawan. Hidup ni terlalu singkat, dunia dah nak kiamat. Jadi manusia jangan ada sifat dengki, iri dan busuk hati. Kalau ego tinggi melangit semuanya salah. Perkataan maaf pun dah tak valid. Bila kita nak berbaik dia paranoid; terlalu sombong. Fikir yang bukan2. Semoga yang baik2 saja buat dia. Dah tak ada apa2 urusan lagi antara aku dengan dia. Urusan aku selama ni dah selesai. Permohonan maaf yang aku pernah luah selama ni yang dia tak maafkan tu , itu urusan dia dengan allah. Semoga urusannya dipermudahkan. Love peace ✌🏻
ReplyDeleteABAIKAN TOXIC tu, dari dulu mmg dah toxic kan. Tak yah layan org macam tu tak ada faedah. semoga kita sentiasa Happy je okay! luff youu
Delete