ADEELIA BIRTHDAY TRIP TO BALI PART 1😍


ASSALAMUALAIKUM.
   


Hi, I baru balik cuti terus ada mood nak update percutian kali ni. So this year we choose Bali memandangkan impian ke bali sebenarnya pada tahun 2021 lagi tapi oleh sebab covid 3 tahun juga I dengan husband hold this short trip. Boleh lah simpan duit lagi masa tu and plan untuk pegi 5 hari 4 malam 💗

So before cerita trip kali ni, I just nak inform untuk perbelanjaan Tour Guide & Transport termasuk Hotel  dah booked sebulan before ke Bali. So memang decide untuk settle semua hal before sampai sana. I bincang dgn tour guide untuk ambil Hotel 3 hari 2 malam je dengan dia and hotel seterusnya I akan handle sendiri memandangkan teringin nak stay dekat Villa. hehehe 😆 Percutian kali ni agak santai tapi I ada bad perception untuk ke Indonesia sebab selalu tengok orang bagi bad review dekat mana-mana social network. Then I banyak kali fikir before go to Bali, agak-agak sesuai ke tak untuk anak 5 tahun. hehe I tanya kawan-kawan yang sudah pegi ke Bali and most of them semua bg Good experiance bila dah sampai sana. So sebab itulah I pun lagi bersemangat untuk manage everything!

The Tips :  I dengan husband kalau travel memang selalu settle insurance, Villa, hotel, Flight Ticket Before Fly 👌

Sebelum itu amat lah dialu-alukan untuk follow my instagram  @farizaothmann dan Facebook  @Fariza Othman untuk tgk gambar-gambar sepanjang di Bali okay TQSM😊




DAY 1 (10.02.2023) ZIA HOTEL KUTA



Arrived Bali Ngurah Rai International Airport supir Pak Deny sudah tunggu masa ni kami sampai jam 1030 pm sebab flight delay 3 jam hukhukhuk. Anak pun dah penat masa ni, paling penting  bila jalan jauh-jauh ni mcm biasalah pentingkan keselesaan anak and mood dia sekali. But Alhamdulillah masa ni Adeelia bagi kerjasama penuh dengan mama baba dia memandangkan trip kali ni untuk birthday dia so mood dia pun memang mood birthday girl lah katakan 😆

( KL-BALI we use BATIK AIR )
(TOUR&GUIDE : TOLE MEONG (INSTAGRAM))

So if anyone curious how and what we cannot bring before we enter international airport check in better sentiasa buat research okay! paling penting dalam lugage no gadjet or powerbank ! then hand carry no liquid more than 100ml. so mcm I all the makeup things and all the body spray I put at the lugage. memudahkan and tak bagi pening bila dah nak checkin later. kita pun tak pening-pening nak keluarkan barang kita. But its okay I show you guys the things  how you should pack okay! 😘




Lugage Adeelia/ Ubat-ubatan (PENTING LETAK DALAM LUGAGE)

Sampai je bali Pak Deny (Supir) terus bawa makan Nasi padang, Alfamart (Macam 7E thailand)  untuk beli barang keperluan anak then terus ke hotel Zia Kuta Bali.

Makan x2 org 110k (Rm33)
Alfamart 290k (Rm85)
Simkad 20gb 250k (Rm 73)


Total Rm 191/-





                                      



DAY 2 (11.02.2023) ZIA HOTEL KUTA
  

Janji dengan supir jam 0900am jam 0830am dia dah sampai dekat hotel. Memang diorang ni jenis rajin ye.  Settle breakfast dekat hotel  Pak deny pun bawa kami ke tempat yang menarik seperti dalam itineary kami. First stop kami ke Bali Bidadari Batik. Dekat sini kita boleh tengok pelbagai jenis batik handmade yang diorang buat. and selain itu, diorang boleh ukir untuk kita and bayaran terpulang daripada kita nak bagi berapa banyak. Baju perlu di beli dalam kedai diorang nanti I total kan perbelanjaan dekat bawah ni okay!  Masa ni kalau kita nak cuba ukir sendiri pun boleh ye. 

Baju Putih x 3 helai 306k (Rm90)
Ukir Batik handmade x 3 orang 300k (Rm88 bahagi untuk 3 orang ye)

                    
       
                            


Seterusnya Pak Deny bawa ke Ulu Watu Temple, boleh tengok cara diorang mandi air suci dekat temple And tengok mata air . Ada cerita dekat temple ni yang korang boleh baca sendiri dekat sini ye. BACA SINI. For me masa kita sampai sini kita boleh tengok pelbagai jenis orang yang datang untuk mandi suci. I datang just untuk tengok culture depa saja. x da bermaksud lain-lain. Datang tempat orang rugi kalau x tengok budaya orang lain ye.

Ticket masuk Uluwatu Temple x3 orang 135k (Rm40)
Upah Photographer 250k (Rm73)


Then kami ke Bali Cat Poo Chino . Dekat sini diorang bagi kita rasa pelbagai jenis teh herbal ye. Masa ni semua I dgn husband I rasa kay! haha Masuk percuma and diorang akan explain semua tentang Luwak coffee 😻 Sambil tu kita boleh tengok view tempat ni memang healing view lah cerita dia haha.


kopi luwak 50k (Rm15)
Souvenir Untuk Mak Ayah 700k (Rm215)
Tip untuk the girl yg explain about luwak coffee 50k (Rm15)


           


After that Pak Deny bawa ke Kintamani Volcano sebelah dia ada lake okay! such an amazing place to visit walaupun sebenarnya takut Haha. Ye lah Gunung berapi still aktif and I nampak dengan jelas depan  mata kan 😁 Lepas ambil gambar we alls pun bergerak ke sekitar Kintamani ni untuk cari makan. But before that ada kejadian yg menyeramkan lah bagi I. Para penjual dok kejar-kejar ye smpai masuk ke dalam kereta. sambik nak tutup pintu kereta pun dia kejar HAHAHA bagi I itu sangat menyeramkan. Sekali Pak Deny sound terus dia blah! Tu sangat memaksa orang untuk membeli ye. Masa tu I memang bagitau husband jangan beli apa-apa sebab nanti sebelum balik ke Malaysia baru nak cari Souvenir dekat tempat khas untuk membeli ole-ole. 

Makan At Kintamani view 306k (Rm89)



Tempat terakhir hari kedua ni kami dibawa ke Alas Harum Bali.  Masa ni cuaca tak berapa nak okay sebab gerimis. Ada pelbagai aktiviti yang kita boleh buat, salah satunya naik extreme swing!! And I mmg dah ready untuk experiance kali ni hehehe maksudnya I memang masukkan dalam list sebelum fly to Bali 😁 All activities berbayar dan agak pricey yee. But after all agak rugi kalau tak mencuba. So you guys boleh pilih untuk buat aktiviti apa masa ni and ikut bajet masing-masing. Jom kita tengok berapa total lost dekat Alas Harum Bali ni 😆


Extreme Swing Solo 175k (Rm51)
Family Swing 235k (Rm69)
Dress 205k with TAX (Rm60)
Photographer 235k (Rm69)

  


   



Lastly, sebelum balik ke hotel kami ke makan Restoran Ayam Tulang Lunak Malioboro like seriously why so sedap!!! Omg. tak boleh dilupa HAHAHA i should come back again to Bali untuk buat kulineran Aka jalan-jalan cari makan. Hehehe. Before sampai Bali I mmg dah alert Part makan ni, takut terkena bali beli (food poisoning) I tak makan or minum yang pelik-pelik and just minum mineral water. kena alert part ni bila ada anak kecil. But for me untuk perut asian bila sampai Bali tak da yg perlu dirisaukan. Just pilih tempat makan yang okay, choose wisely.

Ayam Tulang Lunak 338k  (Rm98)
Jajan Adeelia  108k (Rm32)


Total Rm 1004/-

  




Seterusnya kita sambung di Part 2 okay!

Comments